Friday 7 September 2012

CARA MUDAH MENGHAFAL SIFIR 6 HINGGA 9


Salam kepada semua..

Dalam subjek matematik sekolah rendah tidak dapat dinafikan terhadap 
kepentingan sifir dalam menjawab soalan. Bagi menghadapi peperiksaan besar seperti UPSR sudah semestinya kita tidak mahu kehilangan masa yang banyak dalam usaha menulis kesemua urutan sifir.

Apa yang lebih memeranjatkan lagi, ada antara pelajar yang masih
 ga...gap bila ditujukan sifir. ditanya 4x9, 3 minit kemudian baru datang jawapan 36. ditanya lagi 9x4, memakan masa lagi 2 minit untuk jawapan 36. Jika ini diteruskan dalam ujian nescaya hanya 12 soalan saja yang mampu di jawab bagi kertas 1.

oleh itu, saya ingin berkongsi ilmu tentang teknik mudah bagi mengeluarkan jawapan sifir.. 
(#perlu diingat hafaz itu lebih efisien).. tapi saya yakin jika dipraktikan kita akan mudah hafaz secara tidak langsung

Taktiknya....

K
aedah ini menggunakan 10 jari kita dan digunakan untukk sifir 6 hingga 9 sahaja. Dengan anggapan 1 hingga 5 adalah sifir yg senang diingat oleh para pelajar (mudah-mudahan).

*Jari kelingking mewakili 6
*Jari manis mewakili 7
*Jari hantu - 8
*Jari telunjuk - 9

Contoh: 7 darab 8=





cara-cara

1. Cantumkan
 jari manis tgn kiri dengan jari hantu tgn kanan.

2.
 Tambahkan jumlah semua jari dari yg bercantum dan ke bawah. Maksudnya jari manis ada 2, ditambah dgn jari kelingking ada 2 dan jari hantu ada 1 menjadi 5 (ini membawa maksud 50).

3. Kemudian jari2 yg tidak bercantum yang berada di atas jari yang bercantum, iaitu tgn kanan ada 2 dan tgn kiri ada 3.
Darabkannya, 3x2 menjadi 6.

oleh itu, jwpnnya
 56. Boleh cuba dengan darab nombor lain ... selamat mencuba

Mudah kan.. ingat.. "hendak seribu daya, tak nak seribu dalih"








No comments:

Post a Comment