Friday 7 September 2012

1 MURID 1 SUKAN 1 SENAMROBIK 1 MALAYSIA

Pada minggu lepas SK Cochrane telah menganjurkan senamrobik 2012 . Ini antara babak - babak menarik yang berjaya di rakamkan lensa kamera . Jom tengok, mana tau gambar anda telah di rekodkan...





























MEMBACA UKURAN BERAT PADA PENIMBANG

CONTOH 1 :


LATIHAN : LENGKAPKAN JAWAPAN SETIAP SOALAN DAN HANTARKAN JAWAPAN ANDA KE EMAIL riezwan89@yahoo.com






KISAH PENGAJARAN : PISANG

 p/s :
Pisang bukan sahaja boleh dimakan kerana enak tapi kalau anda faham cerita ini, mungkin anda kan faham apa yang perlu di buat selepas ini.


Hayati kisah ini:

Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.
Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.
“Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya” beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

“Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?” tanya Cikgu Maryam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.
“Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu” beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci. Moralnya, jangan letak pisang dalam beg. Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati.

“Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada s
eketul daging bila baik nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan bila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah! iaitulah Qalbu (hati).” – Maksud Hadis.

LAGU FORMULA


Sudah tentu menjadi satu kesukaran kepada adik - adik untuk menghafal setiap formula matematik atau rumus matematik yang telah dipelajari. Di sini boboiboy akan membantu adik - adik untuk menhafal formula ini menggunakan lagu. 



Papaku pulang dari kota,
Papaku belikan kotak besar,
Panjang darab lebar itu luasnya,
Panjang darab lebar darab tinggi isipadunya.

Setengah darab tapak darab tinggi,
Formula luas segitiga,
Tambah semua ukuran sisinya,
Formula untuk perimeter.

Ada dua bentuk segi empat,
Segi empat sama, segi empat tepat,
Ada tiga bentuk segi tiga,
Sama kaki, sama sisi, segi tiga tepat.

Jumlah bahagikan bilangan,
Itu formula mencari purata,
Purata darabkan bilangan,
Itu formula mencari jumlah.

Jumlah bahagikan purata,
Itu formula mencari bilangan,
Marilah kawan marilah teman,
Hafalkan utk UPSR.



KISAH PENGAJARAN : POKOK EPAL


Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.

Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab budak remaja itu.

"Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih.

Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan."

Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih.

Masa berlalu...

Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" Tanya budak itu.

"Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya." Pokok epal itu memberikan cadangan.

Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.





Moral:


Cerita ini sengaja dipaparkan untuk mengajak para remaja berfikir cerita ini sengaja dipaparkan untuk mengajak remaja berfikir tentang pengajaran di sebalik cerita tersebut. Sebenarnya pokok epal yang dimaksudkan dalam cerita itu adalah kedua-dua ibu bapa kita. Bila kita masih muda, kita suka bermain dengan mereka. Ketika kita meningkat remaja, kita perlukan bantuan mereka untuk meneruskan hidup. Kita tinggalkan mereka dan hanya kembali meminta pertolongan apabila kita di dalam kesusahan. Namun begitu, mereka tetap menolong kita dan melakukan apa sahaja asalkan kita bahagia dan gembira dalam kehidupan.

Anda mungkin terfikir bahawa budak lelaki itu bersikap kejam terhadap pokok epal itu, tetapi fikirkanlah itu hakikatnya bagaimana kebanyakan anak-anak masakini melayan ibu bapa mereka. Jangan hanya kita menghargai mereka semasa menyambut Hari Ibu dan Hari Bapa setiap tahun. Semoga kisah ini memberi keinsafan kepada kita semua.

Pertukaran Unit



Unit memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian kita. sedar atau tidak kita menggunakan unit - unit tersebut untuk menimbang, mengukur, mengira jarak dan sebagainya. Untuk memudahkan kita menggunakan unit - unit tersebut, di bawah dirumuskan dalam satu formula yang mudah untuk diingati dan difahami setelah kita mempelajari topik tersebut di dalam kelas.




Setelah memahami rumus tersebut cuba anda selesaikan masalah dibawah  

a) 2 kg      =      g
b) 4.5 kg    =      g 
c) 5700 g    =      kg   
d) 3 km      =      m 
e) 3.4 m     =      cm
f) 190 mm    =      cm
g) 7600 ml   =      liter
h) 5.8 liter =      ml 

p/s : hantarkan jawapan anda ke email riezwan89@yahoo.com


Sukan SK Cochrane 2012



Tujuan Sukan Tahunan Sekolah ini dianjurkan adalah untuk memberi pendedahan awal kepada murid-murid selain daripada memupuk semangat kerjasama dikalangan murid-murid dan juga guru-guru serta kakitangan Sekolah Kebangsaan Cochrane. Selain itu kegiatan ini juga mampu meningkatkan kerjasama antara guru dan PIBG untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah dalam bidang sukan.

Tarikh/Masa
7 Julai 2012
8.00 pagi hingga 12 tengah hari

Antara adegan yang sempat dirakamkan pada kejohanan pada kali ini : 










Program sukan tahunan SK Cochrane ini haruslah menjadi salah satu acara yang besar impaknya kepada murid di SK Cochrane, kepada guru – guru dan juga seharusnya menjadi hubungan yang baik antara ibubapa dan semua pihak. Diharap penambahbaikan dapat diterapkan supaya acara ini menjadi lebih baik dan sempurna. Kepentinganya dilihat dapat membawa impak yang positif dalam mendukung hasrat Negara “1 Malaysia” dan juga hasrat Negara “1 Murid 1 Sukan”.