p/s :
Pisang bukan sahaja boleh dimakan kerana enak tapi kalau anda faham
cerita ini, mungkin anda kan faham apa yang perlu di buat selepas ini.
Hayati kisah ini:
Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh
menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik
yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke
kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung
kepada jumlah orang yang dibenci.
Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang
masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling
banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka
benci.
“Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu
pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan
tahu keputusannya” beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan
pisang masing-masing di dalam beg.
Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan
akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka
tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau
busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.
Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak.
Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu
dibawa.
“Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama
seminggu?” tanya Cikgu Maryam. Semuanya serentak mengatakan mereka
benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir.
Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV
dengan bau busuk.
“Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada
orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan
kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak
boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan
apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu”
beritahu Cikgu Maryam.
Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan
benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi
lebih baik darpada membenci. Moralnya, jangan letak pisang dalam beg.
Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam
hati. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati.
“Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada s
eketul daging bila
baik nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan bila jahat ia nescaya
jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah! iaitulah Qalbu (hati).” –
Maksud Hadis.
No comments:
Post a Comment